Thursday, December 27, 2012

65,000 aktivis prosenjata api mahu Morgan diusir




         
NEW YORK: Lebih 65,000 orang penduduk Amerika Syarikat (AS) mendesak supaya wartawan dan hos televisyen, Piers Morgan, diusir dari negara itu kerana mengkritik pelobi prosenjata api dalam rancangannya.

Satu petisyen dalam laman sesawang Rumah Putih menuduh personaliti televisyen dari Britain itu memperlekeh “hak warga AS.” Sebarang petisyen yang menarik sokongan lebih 25,000 orang di laman sesawang berkenaan dijamin mendapat reaksi daripada kerajaan AS.


Minggu lalu, Morgan mengkritik aktivis menyokong pemilikan senjata api yang menjadi tetamu rancangan dikendalikannya di stesen CNN.

Kritikan itu dibuat ekoran serangan maut ke atas Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, 15 Disember lalu.


Dalam rancangan dikendalikannya, Morgan menggelar Ketua Eksekutif Persatuan Pemilik Senjata Api Amerika, Larry Pratt, sebagai “bodoh,” “berbahaya” dan “lelaki memiliki ketololan luar biasa” selepas berhujah, lebih banyak senjata api diperlukan bagi mengatasi jenayah.


Dalam satu lagi debat mengenai isu kawalan senjata api, Morgan menempelak pakar ekonomi, John Lott, sebagai “penipu” apabila membincangkan pola jenayah senjata api di negara asing, termasuk Britain. - TS

No comments:

Post a Comment