Tuesday, December 11, 2012

Ahli politik paling rasuah berbanding pekerja bidang lain

myMetro | Ahli politik paling rasuah berbanding pekerja bidang lain: "BANGKOK: Ahli politik lebih rasuah berbanding mereka yang terbabit dalam pekerjaan lain, menurut laporan Soal Selidik Suan Dusit, semalam.

Ditanya kumpulan mana yang mereka rasa paling rasuah, 45.39 peratus memilih ahli politik, 30.24 peratus penjawat awam, 12.86 peratus anggota polis dan tentera dan 11.51 peratus ahli perniagaan dan pelabur.
Ditanya pendapat mereka mengenai kedudukan Thailand di tempat ke-88 Indeks Persepsi Rasuah dalam Transperancy International yang dikeluarkan minggu lalu, 33.25 peratus berkata ia memalukan dan memburukkan imej negara, 28.06 peratus berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera, 22.96 peratus merasa bimbang dengan masalah rasuah di Thailand dan 15.73 peratus berkata tindakan keras terhadap rasuah masih kurang efektif.

Soal selidik itu dibuat ke atas 1,286 orang di seluruh negara. - BP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment