Tuesday, December 11, 2012

Liga Arab desak Presiden Syria letak jawatan

Liga Arab desak Presiden Syria letak jawatan - Global - Sinar Harian:

Liga Arab desak Presiden Syria letak jawatan
Sheikh Hamad (dua, kiri) bersama Mahmoud Abbas dan Nabil Al Arabi (dua, kanan) bermesyuarat di Doha, Qatar kelmarin.
DOHA - Jawatankuasa Menteri Liga Arab Mengenai Krisis Syria mendesak Presiden Syria, Bashar Al Assad berundur bagi memudahkan  peralihan kuasa sekali gus menghentikan konflik yang berlanjutan lebih 21 bulan.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Hamad Jassem bin Jabor Al Thani berkata, kemerosotan berterusan memberi kesan terhadap masa depan Syria, rakyat dan integriti wilayah tersebut.

Agensi berita melaporkan, jawatankuasa mengesahkan mendapat sokongan daripada Duta Liga Arab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Lakhdar Brahimi selepas beliau bersepakat dengan Ahli Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi pemindahan kuasa
dan membentuk kerajaan peralihan dengan penuh tanggungjawab dalam mewujudkan rejim demokratik.

Pengerusi Jawatankuasa Menteri Arab dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Al Arabi juga mengumumkan untuk meneruskan usaha mencapai kata sepakat meminta Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mandatori bagi gencatan senjata.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Presiden Palestin; Mahmoud Abbas, Menteri Luar Arab Saudi, Oman dan Kuwait.

“Semua negara dan organisasi antarabangsa dalam Liga Arab digesa melipatgandakan usaha menyediakan pelan komprehensif untuk menyediakan bantuan kemanusiaan segera ke kawasan terjejas serta pelarian di dalam wilayah Syria dan pelarian Syria di negaranegara
jiran,” menurut laporan itu.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment