Friday, December 14, 2012

Indonesia digesa kemuka bantahan rasmi kepada Malaysia

myMetro | Indonesia digesa kemuka bantahan rasmi kepada Malaysia: "JAKARTA: Seorang ahli Parlimen menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur ekoran artikel dalam akhbar negara itu yang merujuk bekas Presiden BJ Habibie sebagai pembelot dan “anjing imperialisme”.

Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin dan diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia membandingkan ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dengan Habibie. “Kita mesti membantah terhadap tulisan sedemikian kerana ia merendahkan imej Pak Habibie. Pemimpin kedua-dua negara patut saling menghormati antara satu sama lain,” kata Teguh Juwarno daripada Partai Amanat Nasional (PAN) sebelum mesyuarat pleno Dewan Perwakilan semalam. - JP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment