Friday, December 14, 2012

Perbelanjaan R&D Singapura cecah rekod S$7.4 billion

Perbelanjaan R&D Singapura cecah rekod S$7.4 billion - Global - Sinar Harian:

SINGAPURA - Perbelanjaan kasar penyelidikan dan pembangunan (GERD) Singapura mencatatkan S$7.4 bilion padan 2011, satu peningkatan 14.8 peratus daripada S$6.5 bilion pada 2010, menurut Kajian Kebangsaan R&D (2011).
Keputusan kajian dikeluarkan oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR).
Kadar pertumbuhan kompaun tahunan GERD dari 2002 kepada 2011 adalah 9.1 peratus.
Pada 2011, perbelanjaan perniagaan untuk R&D (BERD), yang merupakan pengukur pelaburan sektor swasta untuk R&D, meningkat 17.2 peratus (tahun ke tahun) daripada S$3.9 bilion pada 2010 kepada S$4.6 bilion pada 2011.
"Ini adalah petunjuk baik kepada aktiviti nilai tambah di Singapura dan menandakan persaingan sengit di sini," katanya.
Perbelanjaan awam untuk R&D pada 2011 meningkat kepada S$2.8 bilion daripada S$2.5 bilion pada 2010, katanya.
Pengarah urusan A*STAR, Dr Raj Thampuran, berkata perbelanjaan rekod bagi R&D oleh sektor swasta adalah petunjuk kepada cadangan nilai Singapura bagi inovasi terbuka menerusi kerjasama awam-swasta.
Raj berkata GERD Singapura dicatatkan pada 2.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2011.
Sebanyak lebih 1,000 organisasi mengambil bahagian dalam kajian itu. - Bernama

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment