Monday, December 3, 2012

Isa mahu pecat 192 pegawai Felda

Isa mahu pecat 192 pegawai Felda:

(Para tetamu dan pemimpin di atas pentas utama)

BATU PAHAT: Felda yang dikuasai Umno BN akan melakukan pemecatan secara besar-besaran pegawai-pegawai kanan yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bersama 'orang-orangnya' akan memecat 192 pegawai kanan di Felda-Felda di seluruh negara.

"70 peratus pegawai kanan Felda bersama Pakatan Rakyat jadi maklumat di hujung jari kita.

"Anak mendapat maklumat, secara besar-besaran  Tan Sri Isa Samad dan konco-konconya dalam proses melakukan pembuangan 192 pegawai kanan Felda yang dianggap tak bersama mereka.

"Ada yang dalam proses diturunkan pangkat, ditukar dan dibuang kerja," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Parit Salleh Ros, Parit Raja dekat sini malam ini.

Mazlan juga mendedahkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  akan campur tangan bagi memastikan Koperasi Permodalan Felda (KPF) turut disenaraikan ke Bursa Saham.

"Sedang berlaku komplot tertinggi yang diketuai Datuk Ismail Sabri atas arahan Perdana Menteri untuk menyenaraikan KPF ke Bursa Saham Malaysia.

"Mereka nak senaraikan sebab kocek Felda dah kering kontang sekarang. Mereka nak senaraikan untuk apungkan saham Felda," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman beliau kerana dakwaan mengenai saham Genting Berhad dalam Felda dan urus niaga Felda dengan syarikat Yahudi.

"Ahmad Maslan bercakap kali ke-50  untuk menyaman saya.

"Itulah skrip yg diulang. Dia dakwa saya buat fitnah.

"Kalau kena saman kita akan dedahkan di mahkamah lebih besar lagi skandal-skandal Umno dalam Felda," katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment