Monday, December 3, 2012

Lima rakyat Jerman maut

myMetro | Lima rakyat Jerman maut:

ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam.
ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam.
KAHERAH: Lima pelancong Jerman dan tiga warga Mesir terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas mini berhampiran pusat percutian Laut Merah, semalam.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua bas itu bertembung dalam sebuah pusat peranginan berhampiran Hurghada.

Jumlah pelancong yang cedera belum disahkan. Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, beberapa warganya terbunuh dan cedera dalam kemalangan di bandar pinggir laut Mesir. “Kementerian Luar mengaktifkan kumpulan pengurusan krisis bagi menangani isu ini, manakala Duta Jerman dalam perjalanan ke tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, agensi berita lain melaporkan, lima warga Jerman dan tiga penduduk tempatan maut dalam kemalangan berkenaan. Sumber polis berkata, lima warga Jerman itu adalah kakitangan syarikat penerbangan yang dalam perjalanan ke lapangan terbang Hurghada. “Kemalangan berlaku apabila bas mini membawa warga Jerman itu memasuki jalan utama tetapi dirempuh sebuah bas lain yang membawa pelancong. Kedua-dua pemandu bas terbabit adalah warga tempatan dan mereka meninggal dunia. Kemalangan jalan raya memang lazim di Mesir, dengan kebanyakannya disebabkan keadaan jalan raya dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang.

Jumaat lalu, dua pelancong Russia maut apabila bas yang mereka naiki terbalik berhampiran Nuweiba, Sinai. Pada 17 November lalu pula, 47 pelajar tempatan terkorban apabila bas mereka dirempuh kereta api di tengah Mesir. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment