Thursday, December 6, 2012

Serangan udara Yemen bunuh 38 suspek al-Qaeda

Serangan udara Yemen bunuh 38 suspek al-Qaeda: "ADEN 4 April - Angkatan tentera Yemen membunuh sekurang-kurangnya 38 suspek yang dipercayai ahli militan al-Qaeda selepas serangan udara selama dua hari dilancarkan ke tempat persembunyian mereka di selatan negara itu, kata jurucakap semalam.

``Tiga puluh lapan anggota al-Qaeda terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan kedudukan mereka Huroor sepanjang 48 jam yang lalu," kata pegawai yang bercakap dari kubu kuat al-Qaeda berhampiran Jaar.

Pekan Huroor terletak di persimpangan antara wilayah Lahij dan Abyan, di mana rangkaian pengganas mempunyai bilangan anggota yang cukup kuat.-AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment