Thursday, December 6, 2012

SPA sahkan Dr. Hasan bukan lagi KP Kesihatan

Kosmo! Online - Negara:




PUTRAJAYA - Jawatan Ketua Pengarah Kesihatan kini kosong selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengesahkan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu tidak lagi menyandang jawatan tersebut.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam ketika menjawab status Dr. Hasan berkata, ini berikutan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu pada 26 November lalu yang memutuskan untuk menggantung kerja Hasan berkuat kuasa 14 November lepas.
"Beliau bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Namun, beliau masih seorang penjawat awam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau pada Isnin lalu memberitahu bahawa Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2EHRWZuOR 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment