Thursday, January 17, 2013

Rejim Israel bina 198 unit rumah penempatan haram



BAITULMAQDIS 16 Jan. - Israel hari ini mengeluarkan tender bagi pembinaan 198 rumah baharu di kawasan penempatan haram Yahudi di selatan Tebing Barat, yang merupakan wilayah Palestin.
Sebuah badan pemantau penempatan haram, Terrestrial Jerusalem berkata, Pentadbiran Tanah Israel mengeluarkan tender pembinaan di kawasan penempatan baru melibatkan 84 unit rumah itu di Hebron dan 114 unit lagi di Efrata.
Kedua-dua penempatan itu terletak di Tebing Barat dan berdekatan Baitulaham.
Badan pemantau Israel, Peace Now berkata, polisi penempatan haram di bawah kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menunjukkan niat pentadbiran Israel cuba menghalang penubuhan negara Palestin.
Peace Now dalam satu laporan yang disiarkan hari ini berkata, hampir 40 peratus pembinaan penempatan haram Yahudi di bawah pentadbiran Netanyahu dilaksanakan di Tebing Barat berbanding 20 peratus oleh perdana menteri Israel sebelum ini.
''Bagi 2012 sahaja, kerajaan pimpinan Netanyahu meluluskan 6,676 rumah baru di kawasan penempatan haram Yahudi,'' kata laporan itu.
Menurut laporan itu, Netanyahu meluluskan banyak projek tersebut di kawasan yang kebanyakannya bermasalah.
Jawatankuasa Perancangan Kementerian Dalam Negeri lewat, hari ini dijangka memutuskan pelan pembinaan Kolej Pertahanan Nasional untuk tentera Israel di Gunung Olives di timur Baitulmaqdis.
''Akademi tentera itu yang dibina di kawasan sensitif boleh dianggap sebagai tindakan provokasi,'' kata laman web Peace Now. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130117/lu_02/Rejim-Israel-bina-198-unit-rumah-penempatan-haram#ixzz2IF6Mc3t7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment