TEHERAN - Hasil minyak Iran jatuh sekitar 45 peratus dalam tempoh sembilan bulan lalu ekoran pelbagai sekatan oleh Barat, kata seorang ahli politik yang terkemuka di Iran.

Gholam Reza Kateb, Ahli Parlimen yang merupakan perancang  negara dan jawatankuasa bajet berkata, ekonomi negara secara keseluruhannya berada dalam situasi sukar.

Dalam usaha menangani krisis ini, Kementerian Minyak telah berhenti menjual bahan api kepada beberapa syarikat penerbangan kerana bayaran tidak diterima.

Eksport minyak ini merupakan akaun sumber pendapatan utama bagi majoriti republik Islam itu.

Kateb berkata, penurunan eksport secara menjunam ini telah didedahkan dalam laporan Parlimen oleh Menteri Minyak, Rostam Qasemi.
"Berdasarkan laporan, jualan minyak turun 40 peratus dan pendapatan telah menurun sebanyak 45 peratus dalam tempoh sembilan bulan yang lalu," Kateb memberitahu agensi berita separuh rasmi, Isna.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Menteri Minyak telah menegaskan bahawa Iran telah berjaya mengatasi sekatan minyak dikenakan Barat.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan terpaksa membatalkan penerbangan mereka, kata laporan BBC.

Bagaimanapun katanya, syarikat penerbangan nasional, Iran Air terus beroperasi.

AS telah melarang hampir semua perdagangan dengan Iran.

Bulan lepas, Presiden Mahmoud Ahmadinejad telah memecat wanita tunggal dalam Kabinet beliau iaitu Menteri Kesihatan, Marziyeh Vahid Dastjerdi selepas beliau menyalahkan sekatan yang menyebabkan kekurangan bekalan ubat.