Wednesday, February 13, 2013

Israel lulus 90 lagi penempatan haram Yahudi



BAITULMAQDIS 12 Feb. - Israel semalam meluluskan pembinaan 90 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat.
Rumah baharu tersebut akan dibina di Beit El yang merupakan kawasan utama penempatan haram Yahudi di utara Baitulmaqdis.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebelum ini berjanji untuk mendirikan 300 rumah baharu di Beit El.
Keputusan itu dibuat selepas 30 keluarga Yahudi diusir ekoran menetap secara haram di tanah persendirian milik Palestin. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130212/lu_08/Israel-lulus-90-lagi-penempatan-haram-Yahudi#ixzz2Klqj0Rbu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment