Monday, February 18, 2013

Militan Nigeria serang tapak pembinaan, culik tujuh pekerja asing



KANO 18 Feb. - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah tapak pembinaan milik Lebanon di utara Nigeria, sebelum bertindak menculik tujuh pekerja asing dan membunuh seorang pengawal keselamatan, semalam.
Jurucakap polis, Hassan Auyo berkata, empat pekerja Lebanon dan masing-masing seorang pekerja Itali, Britain dan Greece disahkan diculik oleh kumpulan berkenaan dalam serangan yang berlaku di tapak pembinaan Setraco di pekan Jama’are.
“Pihak kedutaan masing-masing telah mengesahkan bahawa rakyat mereka diculik kumpulan militan, kecuali kerajaan Britain yang masih belum membuat pengesahan," katanya.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu, namun ia dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Boko Haram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_08/Militan-Nigeria-serang-tapak-pembinaan-culik-tujuh-pekerja-asing#ixzz2LD38RB6F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment