Tuesday, February 26, 2013

‘Saya tak terbabit dalam pemberian kontrak Petronas’



Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak Petronas kepada anaknya.

Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau cuma diberitahu oleh Presiden Petronas selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung al-Quran berhubung perkara itu. “(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya. “Bagi Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya. “Kementerian sudah mempamerkan ketika mesyuarat Agung UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satu pun dari anak saya yang tersenarai,” katanya dalam entri terbaharu blognya, www.chedet.cc. Dr Mahathir berkata, walaupun digelar sebagai penasihat Petronas, beliau tidak memberi apa-apa nasihat kepada syarikat itu. “Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menterilah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak saya,” katanya.


Katanya, tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment