Tuesday, March 26, 2013

38 tertuduh Sulu diberi peluang menjawab tuduhan



MANILA, Filipina – Mahkamah Perbicaraan Daerah Tawi-Tawi semalam meluluskan permintaan 38 tertuduh yang didakwa anggota tentera Kesultanan Sulu, mengadakan satu siasatan rasmi berhubung kes jenayah yang difailkan terhadap mereka dua minggu lalu.
Kesemua tertuduh kini ditahan di sebuah kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi.
Mereka didakwa melanggar Artikel 118 Kanun Keseksaan kerana menghasut untuk berperang atau memberi motif untuk bertindak balas.
Mereka juga telah melanggar peraturan membawa senjata api.
Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, mahkamah memutuskan semua tertuduh harus diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang difailkan ke atas mereka.
Sementara itu, akhbar dalam talian Rappler.com melaporkan, Jabatan Kehakiman menentang usul yang difailkan oleh Pejabat Peguam Awam (POA) untuk menurunkan wang ikat jamin terhadap semua tertuduh kepada 3,000 peso (RM227) setiap pertuduhan.
Hakim mengarahkan kedua-dua pihak semalam untuk mengemukakan memorandum dalam tempoh sepuluh hari bagi menjelaskan usul masing-masing.
Menurut ketua POA, Percida Acosta jika semua tertuduh boleh diikat jamin, maka mereka perlu membayar sebanyak 6.2 juta peso (RM470,428).
Jumlah itu tidak mampu dibayar tertuduh.
Pada pagi 20 Mac lalu, seramai 38 orang yang terdiri daripada seorang wanita menaiki dua buah bot selepas mereka melarikan diri dari Sabah.
Bot yang dinaiki mereka kemudian dipintas dua bot Tentera Laut Filipina di selatan negara ini. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2OeTRIOQu
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment