Tuesday, March 26, 2013

Cyprus hadkan pengeluaran wang di ATM




26 Mac 2013
NICOSIA - Bank pusat di Cyprus, kelmarin mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari menerusi mesin treler automatik (ATM) milik dua institusi kewangan di negara itu.

Dipetik Reuters, jurucakap Bank Popular yang merupakan peminjam kedua terbesar di Cyprus memaklumkan langkah tersebut akan berkuat kuasa hingga premis itu dibuka semula hari ini atau selepas memperoleh dana kecemasan berterusan dari Bank Pusat Eropah.

Difahamkan, perkara tersebut diputuskan selepas Presiden Nicos Anastasiades menyertai mesyuarat saat akhir bersama dengan peminjam antarabangsa bagi menyelamatkan negara itu dari terus dilanda krisis kewangan.

Bagaimanapun, rundingan bersama menteri Kesatuan Eropah, Ketua Bank Pusat Eropah dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Eropah (IMF) berhubung dana bantuan berjumlah 10 bilion euro (RM40 bilion) tersebut gagal mencapai sebarang penyelesaian.

No comments:

Post a Comment