Thursday, March 7, 2013

Hugo Chavez meninggal dunia

Hugo Chavez meninggal dunia
Hugo Chavez
CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia pada usia 58 tahun, kelmarin selepas berjuang melawan penyakit barah dihidapinya selama dua tahun.

Pengumuman itu dibuat timbalan beliau, Nicolas Maduro dan disiarkan menerusi stesen televisyen ke seluruh negara.

Sebelum berita kematian tersebut diumumkan, beberapa penyokong pemimpin sosialis itu menuduh ‘musuh’ Venezuela menyebabkan Chavez menghidap barah.

Susulan daripada dakwaan tersebut, dua tentera Amerika Syarikat dilaporkan telah diusir dari Caracas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Luar, Elias Jaua memberitahu, Maduro akan mengambil alih jawatan presiden secara sementara dan pilihan raya bakal diadakan dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, keputusan itu dipersoalkan banyak pihak kerana ia dikatakan bercanggah dengan kandungan Perlembagaan yang menyebut Presiden
Perhimpunan Kebangsaan berhak mengambil alih kepimpinan jika presiden meninggal dunia.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin dilabel sebagai pembela golongan miskin di negara tersebut membanjiri laluan di bandar utama untuk memberi penghormatan terakhir. - AP

No comments:

Post a Comment