Thursday, March 28, 2013

ORANG ASLI DI JERANTUT BERDEMONSTRASI



Akibat isu pembalakan yang telah mencemar dan mengorbankan kehidupan mereka, beberapa orang penduduk orang asal Sungai Kiol, di Jerantut Pahang mengadakan demontrasi aman di hadapan Pejabat Perhutanan Jerantut pagi tadi. Difahamkan, mereka adalah orang asli yang tinggal di kawasan Latar Meraung dan sekitarnya. 

Kemarahan itu berpunca ada pihak tertentu yang menjalankan kerja-kerja pembalakan di kawasan mereka yang dipercayai merupakan kawasan tadahan hujan. Akibat tindakan rakus pihak terbabit menyebabkan kehidupan mereka terjejas, malah sumber air juga mengalami masalah yang cukup kritikal.

Di negeri Pahang, sememangnya adengan sebegini sering berlaku di sana sini. Masalah ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan hingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya. Tindakan orang asal dibuat selepas beberapa aduan mereka tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan selama ini. Soalnya, sampai bilakah masa depan orang asli ini terpaksa diperkotak-katikkan demi kerakusan pihak tertentu untuk mengejar keuntungan mereka semata-mata.

No comments:

Post a Comment