Pemain piano Turki hina Islam
Fazil Say mempermainkan beberapa amalan yang dipraktikkan dalam Islam.
ANKARA - Pemain piano  bertaraf dunia dari Turki, Fazil Say dihukum penjara 10 bulan kerana menghina nilai-nilai Islam.

Mahkamah Istanbul mensabitkan kesalahan terhadap Say selepas beliau merendahkan martabat agama Islam menerusi beberapa komen yang dimuat naik ke laman Twitternya.

Say, 43, yang bekerja dengan New York Philharmonic, Berlin Symphony dan beberapa orkestra lain bertaraf dunia, turut mempermainkan pemimpin agama dan amalan dalam Islam.

Peguam Say, Meltem Akyol berkata, pihaknya tidak menjangkakan anak guamnya dijatuhi hukuman penjara namun menyedari tindakan Say melanggar undang-undang Turki.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan pembebasan Say dengan pengawasan agar beliau tidak mengulangi kesalahan sepanjang tempoh lima tahun.

Sebelum ini, Say dihukum penjara selama 12 bulan namun mengurangkan kepada 10 bulan kerana bersikap baik.  - Reuters