Saturday, April 20, 2013

Rakyat Iraq mula mengundi pilih anggota majlis wilayah



BAGHDAD 20 April - Rakyat Iraq hari ini mengundi untuk memilih anggota majlis wilayah dalam undian pertama sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara ini, langkah penting untuk memperkuatkan politik sebelum pilihan raya Parlimen tahun depan.
Politik Iraq kini berpecah antara puak ketika kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nuri al-Maliki turut berdepan krisis berhubung bagaimana untuk berkongsi kuasa antara Syiah, Sunah dam etnik Kurdis yang memerintah secara autonomi di utara Iraq.
Keganasan dan pengeboman berani mati turut meningkat sejak awal tahun ini dengan kumpulan al-Qaeda tempatan berikrar melancarkan lebih banyak serangan.
Lebih 8,000 calon bertanding untuk merebut hampir 450 kerusi majlis wilayah di seluruh Iraq. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130420/lu_13/Rakyat-Iraq-mula-mengundi-pilih-anggota-majlis-wilayah#ixzz2R0ES2FOw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment