Sunday, April 28, 2013

Tertembak di bahagian tekak, Dzhokhar Tsarnayev terancam tak boleh bercakap



BOSTON - Dzhokhar Tsarnayev masih berada dalam keadaan kritikal, seperti disahkan oleh pihak Beth Israel Deaconess Medical Center, rumah sakit di mana ia dirawat, pada Ahad (21/4/2013), lansir HuffPost.

Pemuda Muslim berusia 19 tahun itu dibawa ke rumah sakit di wilayah Boston setelah ia menderita beberapa luka dalam penangkapannya pada Jumat (19/4) malam.


Gabenor Massachusetts, Deval Patrick, berkata bahawa Dzhokhar berada dalam "keadaan kritikal tetapi stabil" pada Sabtu (20/4) sore. Patrick menambah bahawa Dzhokhar belum mampu berkomunikasi.

Namun, seorang pegawai mengatakan kepada CNN bahawa Dzhokhar mengalami kecederaan tekak dan kemungkinan akan tidak dapat berbicara sama sekali.

Dan Coats, anggota Parti Republik dari jawatankuasa perisikan Senat, mengatakan kepada ABC: "Maklumat yang kami miliki adalah ada tembakan ke tenggorokannya. Ini tidak bermakna bahawa dia tidak boleh berkomunikasi, tapi saya rasa sekarang ini dia berada dalam keadaan di mana kita tidak boleh mendapatkan apa-apa maklumat darinya, "lansir The Guardian.

Dalam wawancara di Fenway Park pada hari Sabtu (20/4), Patrick juga menambah bahawa Dzhokhar akan memerlukan masa untuk pulih sebelum ia boleh disoal siasat.

"Saya, dan semua penguatkuasa undang-undang profesional berharap (untuk beberapa alasan) bahawa 'suspek' dapat bertahan, kerana kami mempunyai sejuta soalan, soalan-soalan yang perlu dijawab," kata Patrick kepada wartawan.

Aparat "penguatkuasaan undang-undang" AS belum membuktikan penglibatan Dzhokhar Tsarnayev dalam Bom Boston, akan tetapi mereka sudah mendakwa bahawa Dzhokhar berpotensi menghadapi beberapa tuduhan, baik di peringkat persekutuan mahupun negara.
 

No comments:

Post a Comment