Saturday, April 27, 2013

Tiga Muslim Inggeris dipenjara atas tuduhan terlibat latihan Jihad di Pakistan


LONDON - Tiga lelaki Muslim Inggeris, termasuk seorang muallaf bekas pegawai polis London, dipenjara pada Kamis (25/4/2013) di London atas tuduhan terlibat latihan Jihad di Pakistan.

Menurut laporan AFP, Richard Dart, Imran Mahmood dan Jahangir Alom mengaku "bersalah" bulan lalu. Para Jaksa penuntut mendakwa bahawa selain melakukan perjalanan ke Paistan untuk terlibat latihan pada 2010 dan 2012, ketiga lelaki tersebut juga berusaha mengelak daripada "pengawasan," membincangkan "pembuatan letupan" untuk kemungkinan digunakan mensasarkan Wootton Basset, yang bertahun-tahun menjadi bandar pemulangan tentera.

Dalam laman Scotsman disebutkan, Dart (30) dipenjara selama enam tahun, Mahmood (22) dipenjara sembilan tahun sembilan bulan, dan Alom (26) dipenjara empat tahun enam bulan.

Mendengar pembacaan hukumannya, Dart yang berganti nama menjadi Salahuddin al-Britani setelah masuk Islam menolak hukuman tersebut di mahkamah, London s Old Bailey Court. Menegaskan bahawa ia hanya yakin pada hukum Allah (Subhanahu wa Ta'ala).

"Saya yakin kuasa dan menghakimi adalah hanya bagi Allah," tegas Dart kepada mahkamah, dikutip AFP.

Sementara itu Pihak Berkuasa Inggeris tidak mempunyai bukti bahawa mereka sedang merancang serangan terhadap kerajaan Inggeris. Tetapi pihak berkuasa melihat video mereka yang menurut Inggeris bahawa pemikiran mereka adalah "radikal" dan berniat untuk melakukan "serangan keganasan."


Gambar : Richard Dart aka Salahuddin Al-Britani, Jahangir Alom and Imran Mahmood.

No comments:

Post a Comment