Saturday, April 6, 2013

Timbalan Gabenor mati terkena bom



Yala: Timbalan Gabenor Yala, Isra Thongthawat meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas sebutir bom tepi jalan memusnahkan kenderaannya di daerah Bannang Sata, semalam.

Seorang pegawai bencana yang bersamanya dalam kereta turut terbunuh dan penumpang ketiga mengalami kecederaan. Serangan itu berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari dekat Ban Kasot.


Pegawai perlindungan bencana Chavait Chairuek mati serta-merta di tempat kejadian.

Lelaki ketiga yang cedera itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala Isra disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment