Saturday, May 11, 2013

BN melalui UMNO dan MCA mempelawa DAP menyertai BN untuk membentuk kabinet yang baik, demi kesatuan rakyat Malaysia.

Sebulan yang lalu, fatwa haram undi DAP adalah fatwa yang paling popular. Fatwa dari seorang veteran pondok ini bernilai RM2 juta.

UMNO paling galak mempromosi fatwa tersebut. Semua akhbar dan televison arus perdana menyiarkan fatwa epik ini. Sasarannya adalah Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan fatwa itu, DAP dituduh sebagai chauvinis, komunis, kafir harbi kerana sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan menghina kalimah Allah.

Namun hari ini, BN melalui UMNO dan MCA mempelawa DAP menyertai BN untuk membentuk kabinet yang baik, demi kesatuan rakyat Malaysia.

Ludah itu dijilat kembali?

Haish!
 

No comments:

Post a Comment