CIA beri wang rahsia
KARZAI
KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, kelmarin mengesahkan pasukan keselamatan negara itu menerima 'bayaran' daripada Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu.

Karzai berkata, wang bantuan itu digunakan bagi membantu anggota yang cedera dan membayar sewa rumah selain untuk kegunaan lain.

Beliau membuat pendedahan tersebut selepas The New York Times melaporkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar puluhan juta ringgit kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan Afghanistan.

Menurut akhbar itu lagi, wang yang diberikan setiap bulan secara rahsia tersebut dihantar ke negara terbabit hanya melalui beg pakaian, beg galas dan beg plastik lapor Al- Jazeera.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Jay Carney enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tersebut.