Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
PESHAWAR - Rancangan bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf kembali semula ke pentas politik hancur berikutan keputusan mahkamah melarang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya.

Mahkamah Pakistan telah mengenakan larangan seumur hidup ke atas bekas pemimpin nombor satu negara itu daripada bertanding dalam pilihan raya dan ini  merupakan satu tamparan hebat ke atas beliau.

Mahkamah Tinggi Peshawar semalam memutuskan pengharaman beliau seumur hidup dalam menyertai politik selepas  mendengar rayuan peguam Pervez bagi membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Peguamnya mahu mencabar keputusan mahkamah dan ingin ingin membuat rayuan di Makhamah Agung, Selasa depan.

Keputusan semalam merupakan yang pertama kali diisytiharkan ke atas warganegara.

Beliau kembali semula ke Pakistan bulan lalu dan merancang bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negara itu yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

Pervez berada dalam buangan kendiri selama empat tahun.