Wednesday, May 29, 2013

Lagi suspek bunuh tentera ditahan


LONDON 28 Mei - Polis Britain yang menyiasat pembunuhan kejam seorang anggota tentera oleh suspek pelampau Islam minggu lalu, menahan seorang lagi suspek semalam, sekali gus menjadikan 10 orang ditahan setakat ini berkaitan kes itu.
Penahan itu dibuat ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berhaluan kanan mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Perdana Menteri David Cameron bagi mengecam pembunuhan tersebut.
Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan kerana disyaki berkomplot membunuh Lee Rigby, 25, dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah berek tentera di Woolwich pada Rabu lalu.
Antara 10 suspek yang ditahan ialah dua suspek utama, Michael Adebolajo, 28, dan Michael Adebowale, 22, yang masih dikawal ketat di hospital berasingan selepas ditembak polis ketika kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130529/lu_05/Lagi-suspek-bunuh-tentera-ditahan#ixzz2UewAHXUi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment