Wednesday, May 29, 2013

Penduduk bantah bina masjid


Sekumpulan anggota kumpulan Barisan Kebangsaan, mengibarkan bendera Greece bagi membantah pembinaan sebuah masjid pertama di negara itu yang dibiayai kerajaan di Athens, kelmarin. - AFP
ATHENS 27 Mei - Anggota kumpulan Barisan Kebangsaan yang merupakan pergerakan ultra berhaluan kanan, mengetuai perhimpunan bantahan bagi menentang rancangan pembinaan masjid pertama di negara ini, yang dibiayai kerajaan di sini, semalam.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira 1 juta euro (RM3.9 juta) untuk membina masjid itu di Athens yang dijadual dimulakan pada tahun depan selepas mengurangkan peruntukannya ekoran krisis ekonomi.
Penunjuk perasaan, termasuk wanita yang memakai pakaian biarawati, memegang bendera Greece sambil memekik slogan 'Kami tidak mahukan Syariah, kami mahukan Greece dan Ortodoks' dan 'Tidak kepada masjid, berikan wang kepada sekolah'.
Setiausaha Barisan Kebangsaan, Emmanouil Konstas berkata, rancangan pembinaan masjid itu tidak dapat diterima dan kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan komuniti imigran ketika negara berdepan krisis ekonomi.
"Keperluan keagamaan beratus-ratus ribu pendatang asing tidak perlu menjadi kebimbangan kerajaan, mereka sepatutnya diusir sejak datang secara haram ke negara ini.
"Bagi mereka yang tinggal di negara ini secara sah, terdapat banyak tempat untuk mereka beribadat," katanya.
Athens adalah satu-satunya ibu negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak mempunyai masjid dan tanah perkuburan rasmi untuk penganut Islam.
Penduduk tempatan yang menyertai perhimpunan bantahan itu berkata, mereka takut penduduk Islam datang ke kawasan kediaman mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_04/Penduduk-bantah-bina-masjid#ixzz2UewPNjOB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment