Thursday, June 13, 2013

Kuasa terhad di selatan Thai


Pasukan keselamatan Thai memeriksa kawasan kenderaan anggota renjer terbalik selepas serangan bom di tepi jalan oleh pemberontak Islam di wilayah Pattani pada 24 Mei lalu. Lima anggota renjer terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan itu. - REUTERS
BANGKOK 12 Jun - Kerajaan Thailand akhirnya bersetuju menimbangkan untuk memberi kuasa terhad kepada penduduk di wilayah selatan negara ini, sebagai usaha memujuk kumpulan pemberontak meletakkan senjata.
Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut (gambar), hari ini bagaimanapun berkata, kerajaan tidak berniat memberi kuasa autonomi kepada wilayah itu, namun merancang untuk membangunkan pentadbiran tempatan.
"Penduduk di wilayah selatan mempunyai identiti mereka sendiri dan pentadbiran tempatan dilihat sebagai kaedah paling sesuai untuk melindungi identiti, budaya dan agama mereka.
"Bagaimanapun, usul tersebut tidak akan dibincangkan dalam pertemuan esok," katanya.
Thailand akan mengadakan perbincangan pusingan ketiga dengan dua kumpulan pemberontak di Kuala Lumpur esok, selepas beberapa perbincangan sebelum ini menemui kegagalan.
Bangkok dan Pattaya sudah membentuk pentadbiran tempatan yang diketuai gabenor yang bertanggungjawab menggubal undang-undang, menguruskan cukai dan bajet infrastruktur di wilayah masing-masing.
Paradorn berkata, pembentukan pentadbiran tempatan di dua wilayah tersebut boleh dikembangkan ke tiga wilayah selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130613/lu_01/Kuasa-terhad-di-selatan-Thai#ixzz2W47bZmyl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment