Wanita Islam Perancis ditindas
Wanita Islam Perancis berhadapan serangan oleh penyerang yang tidak mahu melihat mereka memakai tudung atau burqa.
PARIS - Serangan menyasarkan golongan wanita Islam di Perancis meningkat berikutan kurang mendapat liputan media.

Aktivis Sumeja Rahmani berkata, setakat ini empat wanita diserang dua lelaki di Argenteuil, pinggir Paris.

"Beliau dipukul dan tudungnya direntap," katanya.

Menurutnya, minggu lalu, sepasukan polis tempatan melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan sekumpulan aktivis yang cuba menghentikan penahanan seorang wanita Islam.

"Kerajaan masih lagi berhadapan dengan kekeliruan mengenai pemakaian burqa," katanya dalam laporan Press TV.

Penduduk Islam Perancis menggesa supaya kerajaan memansuhkan undang-undang anti burqa yang sebelum ini laksanakan dalam 2011.