Aafia Siddiqui diekstradisi ke Pakistan
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengekstradisi Pakar Neurologi Pakistan, Aafia Siddiqui yang diculik dan dipenjarakan di bawah  perjanjian pertukaran banduan dengan Islamabad.

Namun, AS mahu Islamabad mengekalkan tuduhan bersalah terhadapnya membabitkan jenayah keganasan.

Jurucakap Wahington berkata Press TV, Aafia perlu menghabiskan tempoh tahanan di Pakistan selaras dengan perjanjian ditandatangani.

Pada 2008, Aafia dijatuhi hukuman 86 tahun penjara selepas dituduh cuba menyerang askar AS dan sekumpulan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)  di Karachi.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Difahamkan, ketika di penjara AS, Aafia didera secara fizikal, mental dan seksual.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Dalam Negeri Pakistan membentuk pasukan khas untuk membebaskan beliau dari penjara di AS.