Monday, July 15, 2013

Pengendali Haji, Umrah protes

Pengendali haji, umrah protes
PEMOTONGAN kuota Haji menyebabkan banyak agensi operator Haji swasta terpaksa menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit.

Kumpulan Pengendali Haji (HGO) Pakistan mendakwa, kerugian dapat dielakkan sekiranya kerajaan Saudi memaklumkan perkara pemotongan kuota lebih awal bagi membolehkan mereka tidak menerima tempahan.

Pemilik agensi PTO,  Ahmed Maulud berkata, pembatalan tempahan menyebabkan syarikatnya kerugian hampir RM 3 juta apabila terpaksa membatalkan lebih 600 tempahan.

“Kami menyokong pembangunan di Makkah dan Madinah tetapi perkara itu perlu dimaklumkan awal kepada semua pihak terlibat. Kerajaan Saudi sepatutnya memanggil Menteri Luar seluruh negara untuk membincangkan perkara ini atau menghantarkan surat kepada mereka lebih awal dan bukannya pada saat akhir menjelang musim haji.

“Kini, kami terpaksa membayar balik semula wang mereka termasuk ganti rugi. Reputasi kami terjejas kerana pelanggan mula kurang percaya kepada perkhidmatan kami,” katanya.

Menurutnya, mengikut perjanjian asal pada tahun ini, Pakistan dijadualkan menghantar 179,210 jemaah dari jumlah itu 50 peratus dikendalikan oleh kerajaan dan 50 peratus lagi dikendalikan oleh operator swasta.

“Kini kami hanya mendapat 71,684 jemaah sahaja dengan purata 200 bagi setiap syarikat pengendali haji,’ katanya.

Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan, Sardar Muhammad Yousaf berkata, tindakan agensi melakukan protes adalah tidak munasabah.

“Krisis itu dialami semua negara di dunia dan bukan hanya berlaku di Pakistan. Apa boleh kerajaan lakukan?. Kami juga terpaksa mengalami kerugian dan terpaksa  membayar semula wang tempahan kepada bakal jemaah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar semula lebih RM 15 bilion kepada bakal jemaah setakat ini.

No comments:

Post a Comment