Monday, July 15, 2013

Perintah berkurung, tentera diarah siap sedia

Perintah berkurung, tentera diarah siap sedia
Polis mengadakan kawalan keselamatan di sekitar bandar Srinagar, New Delhi.
NEW DELHI - INDIA. Semua premis perniagaan dan sekolah diarahkan tutup susulan rancangan kumpulan pro-kebebasan merancang mengadakan perarakan sempena ulang tahun peringatan ke-82 pemberontakan di rantau Himalaya.

Media tempatan India Times melaporkan polis dan askar separa tentera dikerahkan ke jalan-jalan utama di Srinagar, wilayah Kashmir, utara New Delhi untuk melakukan kawalan keselamatan.

“Sekatan jalan raya dibuat bagi menghalang kumpulan itu memasuki bandar,” kata pegawai kanan polis.

Jumaat lalu, ketua pro-kebebasan Syed Ali Geelani dan timbalannya Mirwaiz Umar Farooq diletakkan di bawah tahanan rumah untuk menghalang mereka daripada berarak ke Mazar e-Shohada.

Dalam kejadian itu, enam pengikut mereka cedera selepas pertempuran tercetus dengan pasukan keselamatan.

No comments:

Post a Comment