Tuesday, August 27, 2013

60,000 berhimpun bantah rasuah di Filipina



BERPULUH-PULUH ribu penunjuk perasaan berhimpun di Taman Luneta di Manila semalam.


MANILA - Berpuluh-puluh ribu orang membanjiri jalan raya di Filipina semalam untuk menuntut dana berjuta-juta yang diagih kepada wakil rakyat dibatalkan.
Bantahan tersebut diadakan susulan laporan media Filipina bahawa dana itu sering diseleweng.
Demonstrasi itu merupakan bantahan besar-besaran pertama menentang rasuah dan penyelewengan di bawah pentadbiran pimpinan Presiden Benigno Aquino.
Aquino sebelum ini berikrar untuk mengubah sistem pengagihan wang di negara itu bagi menggelakkan dana negara daripada diseleweng.
Demonstrasi semalam menyaksikan sekitar 60,000 penunjuk perasaan berarak menuju ke Taman Luneta di Manila.
Bantahan tersebut mendapat sambutan orang ramai walaupun berlangsung dalam keadaan hujan.
Beribu-ribu lagi penunjuk perasaan turut berhimpun di beberapa bandar lain di Filipina.
Mereka berkumpul kerana menuntut memansuhkan dana berkenaan yang dikenali sebagai Dana Bantuan Pembangunan Utama atau digelar dana Tong Babi.
Satu laporan mendedahkan sekitar kira-kira 10 bilion peso (RM767 juta) dana kongres telah disalurkan untuk projek dan organisasi yang tidak wujud antara 2007 hingga 2009. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2d7F6oCyc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment