Tuesday, August 27, 2013

Densus 88 umpama koboi jahat: FPI


Jakarta: Setiausaha Agung Front Pembela Islam (FPI) semalam menyamakan polis antikeganasan Indonesia, Densus, sama seperti koboi berwatak jahat.

Bercakap pada sidang akhbar selepas persidangan peringkat kebangsaan ketiga kumpulan itu, Habib Riezieq berkata, mesyuarat berkenaan juga mendesak kerajaan Indonesia membubarkan pasukan antikeganasan berkenaan.


“Kenapa kami mendesak supaya Densus dibubarkan? Kerana Densus sering salah tangkap, salah tembak dan salah bunuh. “Pasukan itu sama seperti koboi berwatak jahat.

“Densus 88 perlu diheret ke muka pengadilan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa,” kata Rizieq. - Agensi

No comments:

Post a Comment