Wednesday, August 21, 2013

Musharraf didakwa dalam kes bunuh Bhutto

Musharraf didakwa dalam kes bunuh Bhutto - Global - Sinar Harian:

  • Pervez MusharrafMusharraf diiringi askar ketika beliau tiba di mahkamah antikeganasan di Islamabad pada April lalu.
 1 / 1 
RAWALPINDI - PAKISTAN . Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, semalam didakwa atas tiga pertuduhan berhubung kes pembunuhan pemimpin pembangkang Benazir Bhutto pada 2007.

Pendakwaraya Chaudhry Azhar berkata, beliau dituduh melakukan pembunuhan, terlibat dalam konspirasi dan memudahkan proses pembunuhan.

Bagaimanapun, Musharraf menafikan kesemua pertuduhan tersebut.

Difahamkan, kes ditangguhkan hingga Selasa depan.

Bekas ketua tentera itu kini diletakkan di bawah tahanan rumah di Islamabad sejak 19 April lalu selepas beliau kembali semula ke negara tersebut, menurut laporan AFP.

No comments:

Post a Comment