Friday, August 30, 2013

myMetro | 7 tahun tunggu hukuman dibutakan

myMetro | 7 tahun tunggu hukuman dibutakan: "Riyadh: Seorang lelaki berusia 82 tahun ditahan di penjara sejak tujuh tahun lalu, menanti mahkamah melaksanakan hukuman membutakannya.

Lelaki berkenaan sebelum itu didapati bersalah menyebabkan seorang lelaki lain buta dalam satu pergaduhan.


Warga Saudi itu hanya boleh mengelak hukuman berkenaan sekiranya dimaafkan oleh mangsa.

Dalam kejadian di bandar Bisha, selatan Saudi, Wahair Al-Harthi menembak musuh di muka, menyebabkan lelaki terbabit hilang kedua-dua penglihatan.


Mahkamah mendapati dia bersalah dan mengarahkannya ‘dibutakan,’ selaras dengan undang-undang syariah yang diamalkan Arab Saudi, kecuali mangsa menerima ‘diya,’ wang darah dan memaafkannya.


“Kami merayu kepada semua ketua kaum dan penderma supaya campur tangan dan memujuk mangsa menarik balik kesnya, terima ‘diya’ dan memaafkannya,” kata anak Wahair, Mansour.

Menurut undang-undang Saudi, mereka yang membunuh atau didapati bersalah, boleh diselamatkan dan dibebaskan jika diampunkan oleh keluarga mangsa selepas menerima wang darah. - Agensi"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment