Friday, August 30, 2013

Sanggup 'beri' anak akibat desakan hidup

Sanggup 'beri' anak akibat desakan hidupBayi kembar tiga itu kini diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

BEIJING - CHINA . Akibat desakan hidup, seorang lelaki dilaporkan sanggup memberikan bayi kembar tiganya berumur 11 bulan kepada pejalan kaki di Dengfeng di wilayah Henan.

Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu ditahan selepas beberapa individu yang prihatin selepas mengesyaki dia mungkin ahli sindiket pemerdagangan kanak-kanak bertindak membuat laporan kepada polis.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati Xu Lin terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu untuk menanggung mereka.

Menurut jurucakap polis, mereka mungkin akan mempertimbangkan kes itu kerana ia tiada unsur jenayah.

Difahamkan, masalah seperti itu berlaku kerana penduduk di luar bandar utama sering melanggar undang-undang satu anak untuk sebuah keluarga yang diamalkan di negara itu, dipetik dari laporan DailyMail.

No comments:

Post a Comment