Sunday, August 18, 2013

Penyokong Mursi digempur lagi

Gambar: KEMUSNAHAN SEORANG penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi berlari di hadapan sebuah kenderaan yang terbakar dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Dataran Ramses, Kaherah, Mesir, semalam. - AFP

KAHERAH 17 Ogos - Kejadian berbalas tembakan dilaporkan berlaku di antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di Masjid al-Fatah, lokasi kira-kira 1,000 pengikut Ikhwanul Muslimin dikepung semalaman oleh polis dan tentera.

Insiden itu tercetus kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan, tidak lama selepas anggota keselamatan dilihat mengiringi keluar sekumpulan pengikut Ikhwanul Muslimin wanita dan lelaki daripada masjid tersebut.

Tembak-menembak dilaporkan bermula apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dari menara masjid, diikuti tembakan balas oleh pasukan keselamatan dan penyokong kerajaan sementara bersenjata yang berada di luar masjid.

Menurut laporan al-Jazeera yang memetik seorang pengikut Ikhwanul Muslimin, Omaima Halawa yang berada di dalam masjid, keadaan huru-hara di lokasi kejadian dengan pengikut-pengikut Mursi terpaksa berlindung dan tidak berada terlalu hampir dengan pintu serta tingkap bagi mengelak daripada terkena tembakan.

Al-Jazeera turut menyiarkan rakaman perbualan telefon dengan Omaima, yang kedengaran cemas serta menangis.

Bunyi tembakan dan jeritan juga boleh didengari dalam perbualan telefon itu.

Menurut saksi, selain bunyi tembakan, gas pemedih mata turut dilemparkan ke dalam masjid, sementara di luar Masjid al-Fatah, kereta-kereta perisai tentera dilihat menghampiri Dataran Ramses yang terletak berhampiran masjid tersebut.

Al-Jazeera melaporkan, pasukan keselamatan kemudian menggempur masuk Masjid al-Fatah untuk membawa keluar pengikut-pengikut Mursi yang masih berada di situ dan sumber memberitahu, mereka dibawa tentera ke satu lokasi dirahsiakan untuk ditahan.

Jelas al-Jazeera lagi, masih ada beratus-ratus pengikut Mursi terkepung di dalam masjid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Mesir menahan seramai 1,118 orang yang dikaitkan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua suspek ditahan atas dakwaan melakukan keganasan semasa mengadakan bantahan. - AFP

No comments:

Post a Comment