Friday, September 13, 2013

India laksana perintah berkurung di Kashmir



SEPASUKAN polis menahan penunjuk perasaan dalam satu protes yang berlangsung di Shopian, Kashmir semalam.- AFP


SRINAGAR - Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa bahagian di Kashmir semalam bagi meredakan protes ganas selepas seorang lelaki maut ditembak pasukan keselamatan.
Timbalan Pesuruhjaya di daerah Shopian, Bashir Ahmed Bhat berkata, mangsa terbunuh kelmarin apabila seorang penunjuk perasaan ditembak dengan peluru penabur.
Sebahagian penduduk menegaskan bahawa pasukan separa tentera melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang melakukan bantahan dekat sebuah kem polis di daerah Shopian, kira-kira 50 kilometer di selatan Srinagar.
Beratus-ratus penduduk di wilayah yang ditadbir India itu membaling batu, melaungkan slogan anti-India dan menggesa kem polis dirobohkan selepas tembakan dilepaskan.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan belantan sebagai tindak balas.
Kashmir terletak di sempadan antara India dan Pakistan dengan kedua-dua negara itu menuntut wilayah tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2einjbCnY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment