Sunday, September 1, 2013

MALCOLM SHABAZZ IAITU CUCU KEPADA MALCOLM X SAH MAUT DI BUNUH DI MEXICO



TIJUANA MEXICO, - Seperti diberitakan oleh The Amsterdam News dan laporan dari Kedutaan AS di Mexico, Malcolm Shabazz, iaitu cucu kepada Malcolm X meninggal dunia di Mexico.Dikhabarkan Malcolm Shabazz meninggal dunia pada Khamis pagi 9 Mei 2013, setelah dilemparkan keluar dari sebuah gedung. Laporan lain menyebut Malcolm Shabazz telah ditembak setelah dirompak di Tijuana.
Anggota keluarga dan waris telah mengesah kan berita kematiannya di Mexico, namun tidak menyatakan lokasi atau insiden yang menyebabkan beliau terbunuh.

Malcolm Shabazz meninggalkan dua anak perempuan dan ibu.

Malcolm Shabazz pernah di sabitkan kesalahan pembunuhan dan pembakaran dan dijatuhi hukuman 18 bulan tahanan juvana . Hukumannya telah ditambah dan bebas empat tahun kemudian.Beberapa tahun setelah pembebasannynya, Malcolm Shabazz dalam wawancara dengan Amsterdam News menyangkal dan menafikan bahwa dia melakukan pembakaran dan dia di perangkap atas kesalahan itu.

Malcolm Shabazz ketika ini sedang dalam proses menulis dua buku. beliau juga sedang belajar John Jay College of Criminal di New York.

International.News.

No comments:

Post a Comment