Monday, October 7, 2013

Apa penduduk dunia perlu tahu?

Apa penduduk dunia perlu tahu?Apakah situasi sebenar yang berlaku?

Kerajaan AS memberhentikan perkhidmatan Ratusan ribu pekerja diarah bercuti tanpa gaji. Ini mencetuskan kejutan pasaran kewangan di seluruh dunia.

Mengapa?

Kerajaan Persekutuan tiada pilihan. Ketika tahun kewangan AS berakhir 30 September, Kongres tidak bersetuju dengan pembentangan bajet baru bagi tahun kewangan 2013-2014 kerana Kongres, Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak membuat perjanjian undang-undang untuk membayar gaji pekerja malah tiada kelulusan anggaran bajet.

Adakah wajar mereka mengumumkan pemberhentian operasi pada waktu malam?

Mereka cuba elak, tetapi, selepas segala cadangan dari pagi hingga tengah malam gagal dipersetujui, mereka terpaksa akur.

Mengapa mereka gagal mencapai kata putus?

Di bawah perlembagaan AS, Presiden tidak boleh mengubah undang-undang secara veto. Segala krisis ini berpunca daripada Parti Republikan yang mencemuh kelewatan bajet Obamacare. Dewan Rakyat dikawal Republikan cuba guna bajet sebagai pengaruh mengubah akta kesihatan. Senat yang di bawah pimpinan Obama, enggan meluluskannya.

Adakah pemberhentian operasi melumpuhkan seluruh pentadbiran di AS?

Tidak. Perkhidmatan asas seperti nombor keselamatan sosial masih diteruskan. Perkhidmatan tentera masih beroperasi.

Jadi apa yang berlaku sekarang?

Ahli-ahli politik AS bertemu di Washington untuk mengakhiri krisis ini. Dewan Rakyat mencadangkan jawatankuasa kedua-dua parti mempertimbangkan semula cadangan Obamacare. Tetapi, Senat menolak dan berpegang kepada pendirian bahawa perbincangan mengenai Obamacare tidak boleh dilakukan.

Berapakah kerugian dialami dan kesan daripada pemberhentian operasi ini ?

Jika gaji tidak dibayar maka berlaku kemerosotan di premis perniagaan. Mereka tidak dapat memenuhi komitmen kewangan seperti pembayaran kad kredit dan bil. Penganalisis IHS Global Insight menganggarkan, kerugian mencecah AS$300 juta (RM953 juta) sehari. (Berdasarkan jumlah nominal KDNK atau output sekitar AS$16 trillion (RM51 trilion setahun)

Mengapa ia tidak berlaku di negara lain?

Di AS, Presiden adalah ketua negara dan ketua kerajaan persekutuan. Setiap penggubalan undang-undang atau perbahasan undang-undang baru perlu mendapat undian majoriti dari Kongres. Presiden tidak boleh memutuskan undang-undang tanpa suara majoriti Kongres.

Apakah kesan pemberhentian operasi terhadap hutang siling?

Ia isu berasingan, tetapi pemberhentian operasi meningkatkan kebimbangan mengenai siling hutang. AS mempunyai had undang-undang ke atas pinjaman sebanyak AS$16.7 trilion (RM53 trilion) dan ia mungkin mencecah had maksimum pertengahan bulan ini.

Jika perjanjian tidak dicapai, AS terpaksa meminjam daripada bank. Ini bermakna AS dilabel sebagai negara yang gagal mengurus tadbir kewangan negara.

Mengapa rancangan Obamacare amat penting?

Rancangan Obamacare mampu mengurangkan kos penjagaan kesihatan yang terlalu mahal di negara itu.

Bagaimana tindak balas pasaran asing?

Setakat ini, keadaan belum panik. Pelabur beranggapan pemberhentian operasi bersifat sementara. Tetapi mereka bersedia menghadapi kejatuhan mata wang dolar.

No comments:

Post a Comment