Thursday, October 24, 2013

Tunjuk perasaan desak kerajaan Tunisia dibubar


SEBAHAGIAN daripada para penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Tunis semalam.


TUNIS - Ribuan penduduk berarak di seluruh bandar ini bagi meminta supaya kerajaan yang diketuai kumpulan Islam dibubarkan.
Kerajaan itu dibentuk dua tahun lalu selepas mendapat mandat daripada pengundi Tunisia.
Tunjuk perasaan itu diadakan ketika pihak pembangkang dan kerajaan perikatan terlibat dalam satu dialog bagi membincangkan tentang perdamaian kebangsaan.
Para penunjuk perasaan itu bimbang bahawa kerajaan yang diketuai oleh Parti Enahda tidak akan menunaikan janji untuk dibubarkan sebagai sebahagian daripada proses perdamaian kebangsaan itu.
Perkembangan ekonomi yang lemah dan pembunuhan dua ahli politik telah digunakan sebagai bukti oleh pihak pembangkang sebagai kegagalan kerajaan memerintah.
Tunisia sebelum ini merupakan negara pertama di Afrika yang berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap korup dan zalim dalam kebangkitan rakyat pada tahun 2011.
Menurut laporan media, tiga anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan telah terbunuh dan sejumlah lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di selatan negara ini.
Dua militan terbunuh termasuk dua anggota polis lagi berada dalam keadaan parah.
Laporan itu menyatakan, anggota-anggota Pasukan Pengawal Kebangsaan mendekati sebuah rumah di kawasan berbukit dekat Kampung Sidi Ali Bououn di wilayah Sidi Bouzid.
Setakat ini belum diketahui sama ada militan itu telah ditangkap.
Negara tersebut telah bertempur dengan para militan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda sejak tahun lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ic4YEC64 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment