Saturday, October 5, 2013

Zahid akui polis hilang 44 senjata



AHMAD ZAHID menunjukkan cara mengenal pasti keaslian sesuatu dokumen yang dicetak ketika melakukan lawatan kerja di PNMB di ibu negara semalam. Turut kelihatan Izham (dua dari kanan).


KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api yang kesemuanya bernilai RM1.33 juta.
Sebaliknya, menurut beliau, kehilangan aset-aset negara itu termasuk 44 senjata api berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai dan anggota polis ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam jabatan itu.
“Saya telah maklumkan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa kita hendak perkemaskan semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini.
“Saya mahu selepas ini apabila Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan,” kata beliau.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2gneVGrMX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment