Saturday, November 2, 2013

Jerman sedia terima maklumat sulit daripada Snowden


BERLIN 2 Nov. - Kerajaan Jerman bersedia untuk mengambil keterangan daripada bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syrikat (AS), Edward Snowden di Rusia, namun enggan memberi perlindungan suaka politik kepadanya.
Selepas pertemuan antara seorang anggota Parlimen Jerman dan Snowden di Moscow, Menteri Dalam Negeri, Hans-Peter Friedrich berkata, Berlin berminat berbuat demikian apabila Snowden bersetuju untuk menawarkan maklumat tentang aktiviti pengintipan NSA.
“Jika Snowden mahu memberi maklumat sulit kepada kerajaan Jerman, kami berbesar hati untuk menerima tawaran itu," katanya semalam.
Bagaimanapun jurucakap kerajaan Jerman, Steffen Seibert menafikan dakwaan yang mengatakan Berlin akan memberi perlindungan suaka politik kepada bekas kontraktor itu sebagai pertukaran maklumat terbabit.
“Berlin telah menolak permintaan Snowden untuk mendapatkan perlindungan di negara ini kerana dia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131102/lu_01/Jerman-sedia-terima-maklumat-sulit-daripada-Snowden#ixzz2jQgiv9hR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment