Friday, December 20, 2013

23 militan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Pakistan


MIRANSHAH, Pakistan 20 Dis. - Sekurang-kurangnya 23 orang militan termasuk tiga orang awam terbunuh dalam serbuan yang dijalankan oleh tentera Pakistan di kawasan barat laut negara ini, semalam.
Keganasan yang berlaku di utara daerah Waziristan itu hadir sehari selepas berlakunya serangan pengebom berani mati di pusat pemeriksaan tentera yang membunuh lima orang tentera dan mencederakan 34 yang lain.
Seorang pegawai atasan tentera berkata, seramai 23 orang militan telah terbunuh dalam pertempuran dengan pihak tentera di utara Waziristan, kawasan yang menjadi pusat operasi Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) dan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda.
Pertempuran berlaku apabila kumpulan militan menyerang konvoi pasukan keselamatan, yang dalam perjalanan pulang selepas menyelamatkan tentera yang tercedera dalam kejadian pengeboman kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131220/lu_01/23-militan-terbunuh-dalam-pertempuran-dengan-tentera-Pakistan#ixzz2nzSBs7dq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment