Wednesday, December 25, 2013

Aceh larang sambutan tahun baharu



BANDA ACEH 24 Dis. - Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU) hari ini, mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di wilayah ini, meraikan sambutan tahun baharu minggu depan
Bagaimanapun, fatwa tersebut tidak menghalang penduduk bukan beragama Islam di sini untuk menyambutnya.
Menurut jurucakap Datuk Bandar, Illiza Sa'aduddin Djamal, larangan itu dibuat ekoran peraturan yang dikeluarkan oleh pemerintah di wilayah ini.
"Kalau ada yang mahu meraikan sambutan tahun baharu, keluar sahaja dari wilayah ini. Sambutan itu tidak sesuai diadakan di sini," katanya.
Namun, bagi penduduk yang bukan beragama Islam mereka boleh meraikan sambutan tersebut di rumah masing-masing.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Fatwa tersebut dikeluarkan sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-9 tragedi tsunami pada 2004 yang mengorbankan kira-kira 286,000 orang di 14 buah negara termasuk di Indonesia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_03/Aceh-larang-sambutan-tahun-baharu#ixzz2oQuAEnc9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment