Tuesday, December 17, 2013

Dua beradik dapat kerakyatan selepas 36 tahun menunggu


PUTRAJAYA 13 Dis. - Selepas menunggu hampir 36 tahun, dua beradik kelahiran India berjaya mendapat pengesahan kerakyatan Malaysia berserta sijil kelahiran dan MyKad selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan tiga pihak termasuk ayah kandung mereka.
Keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang bersama Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
R. Thirupathi, 38, dan adik perempuannya, Meena, 35, yang menetap di Tamil Nadu merupakan anak seorang pesara kerajaan, M. Ramanoojum, 83, hasil perkahwinan lelaki itu dengan warganegara India, N. Pushpam.
Kuorum itu membenarkan perintah mandamus yang dimohon agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kerakyatan, sijil kelahiran dan MyKad selepas berpuas hati bahawa perayu-perayu mematuhi segala keperluan ketika menyerahkan permohonan bagi pengesahan kerakyatan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_07/Dua-beradik-dapat-kerakyatan-selepas-36-tahun-menunggu#ixzz2njrKlkYm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment