Monday, January 20, 2014

‘Baby Hatch’ keempat dibuka di utara


Kuala Lumpur: Yayasan Orphancare akan membuka satu lagi rumah perlindungan bayi di utara tanah air sebagai inisiatifnya membantu bayi terbuang mendapat keluarga baru.

Pengerusinya, Tan Sri Faizah Mohd Tahir berkata, sejak pembukaan tiga Pusat Pelindung Bayi Tidak Diingini atau ‘Baby Hatch’ di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Kota Bharu, mereka berjaya menyelamatkan 91 bayi dan mengatur pengambilan 12 anak angkat, terdiri daripada kanak-kanak.


“Kami sentiasa percaya institusi tidak akan dapat menggantikan peranan sebuah keluarga dalam membersarkan anak.



“Malah, kajian menunjukkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran kurang memberangsangkan, berdepan risiko pengabaian emosi dan fizikal.


“Sebab itu kita meneruskan usaha, mendapatkan keluarga penyayang untuk golongan ini,” katanya kepada pemberita ketika jamuan minum petang keluarga dan anak angkat Orphancare di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini, semalam.


Faizah berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung lokasi sebenar ‘Baby Hatch’ di utara nanti.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

No comments:

Post a Comment