Wednesday, January 15, 2014

Kakitangan awam turut sokong Suthep

Bangkok: Ribuan kakitangan perubatan menyertai demonstrasi antikerajaan dan mengepung satu daripada kawasan utama ibu negara Thai iaitu persimpangan Lat Phrao.
Mereka menuntut pembaharuan politik sebelum pilihan raya diadakan dan penubuhan mekanisme berkecuali untuk menyelia proses berkenaan serta mencegah rasuah dalam sistem demokrasi.
Kumpulan kakitangan perubatan itu berkata, pilihan raya 2 Februari perlu ditunda dan kerajaan sementara diketuai Yingluck Shinawatra perlu berundur bagi memberi laluan kepada pembaharuan politik.
Jurucakapnya berkata, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka, penunjuk perasaan akan meningkatkan demonstrasi untuk menggulingkan pentadbiran Yingluck.
Kumpulan itu diketuai bekas pegawai kanan kementerian kesihatan dan pakar perubatan, termasuk bekas Menteri Kesihatan Dr Mongkol na Songkla yang dilantik pada 2006.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Dr Narong Sahamethapat berkata, kementeriannya akan memantau rapat sebarang keganasan di tiga lokasi demonstrasi politik iaitu Buri Ram, Phitsanulok dan Ayutthaya.

- Agensi
Foto
SEORANG kakitangan kerajaan menutup telinga ketika rakannya meniup wisel sebagai tanda sokongan terhadap demonstrasi di Bangkok.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

No comments:

Post a Comment